Mee segera merupakan mee
separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas
selama beberapa minit. Makanan ini amat popular
di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang kekeringan poket.
Namun begitu tahukah anda, di
sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu
sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara
berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut
mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini
mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah
pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG
mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit
kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.
Selain itu, kandungan dioxin dan
plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk
mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan
kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam panas air akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.
Jangan lupakan juga teknik memasak
mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera
mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan
terhadap ibu
mengandung dan kanak-kanak?
Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah
penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali
seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga dapat mengakibatkan keguguran atau
menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan
mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih
berkhasiat.
136 bahan penambah kebanyakannya
bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mee segera oleh Codex, piawaian
makanan WHO/FAO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam
natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa
mi segera mengandungi natrium yang tinggi.
Satu paket mi segera sahaja boleh
mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg
natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi
segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng
dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat
Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih
daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej yang merupakan lebih
daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet
2,000-kcal.
Berikut
beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.
1)
Kalsium
Sulfat: Kapur Paris.
2)
Asid
Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin.
Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
3)
Kalsium
Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
4)
Tertiary
Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane
(cecair dalam pemetik api).
5)
BHT:
Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
6)
Propyl
Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan
sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang
pengeluaran sperma.
7)
Pentasodium
triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan
cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas,
penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
8)
Propylene
Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk
pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam
tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa
kepada kerosakan buah pinggang.
9)
Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan
licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
10) Pewarna tiruan (contohnya:
Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam
kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan
pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.
Melalui sedikit research dan
juga pembacaan, kami kongsikan serba sedikit perkara yang berkaitan dengan
makanan ini. Jika anda masih sihat makan mee segera, bersyukurlah.
1.
Masalah Penghadaman
Mungkin
anda rasakan tiada apa-apa yang berlaku sepanjang masa anda makan mee segera.
Namun tahukah anda, mee segera mengambil masa yang agak lama untuk dihadam.
Jika diambil dengan terlalu kerap, maka ia makan mengakibatkan
sistem penghadaman anda tidak berfungsi dengan sebaiknya.
2.
Kegagalan Buah Pinggang Berfungsi
Kegagalan
buah pinggang berfungsi adalah akibat pengambilan sodium di dalam makanan yang
terlampau tinggi, lebih dari keperluan badan. Secara mudahnya, sodium inilah
yang berfungsi untuk membantu otot dan saraf untuk berfungsi. Namun jika
terlebih, ia akan mula memudaratkan buah pinggang.
3.
Pening Kepala & Pedih Ulu Hati
Semua
mungkin tahu mengenai kandungan MSG (monosodium glutamate) yang tinggi di dalam
mee segera. MSG berfungsi untuk “menambah rasa” namun dalam masa yang sama ada di kalangan anda yang sebenarnya alergik terhadap
bahan ini.
Mungkin
antara sedar atau tidak, anda pernah mengalami perkara sebegini namun tidak
menghiraukannya kerana beranggapan ia sebenarnya adalah perkara biasa.
4.
Melemahkan Fungsi Ketahanan Badan
Anda
pernah jumpa orang yang makan mee segera yang sentiasa cergas? Kebanyakan bahan
perasa di dalam mee segera adalah tidak sihat dan apabila badan tidak
mendapatkan nutrisi yang cukup maka ia akan melemahkan sistem ketahanan badan.
5.
Tekanan Darah Tinggi
Apa
lagi yang anda mahu jangkakan jika imbangan diet dan kandungan perasa mee
segera yang menjangkaui apa yang badan anda perlukan.
Maka
ia akan membawa kepada beberapa penyakit yang berkaitan dengan kagagalan badan
berfungsi dengan baik. Antara perkara yang anda mungkin dapat jika meneruskan
makan mee segera secara berterusan ialah kolestrol tinggi, diabete dan juga
penyakit jantung.
Bukanlah kami menghalang anda untuk terus
makan. Kebanyakan penyakit yang ada kebiasaannya akan menjadi leboh teruk jika pengambilan Mee Segera adalah
berterusan. Apa-apa pun, kami mempunyai alternatif untuk mendapatkan makanan
yang berkhasiat demi kepentingan kesihatan masa panjang.
Mee segera memang sedap dan mudah
disediakan sehingga banyak orang yang menyukai makanan ini. Namun tahukah anda
bahawa zat kimia yang terkandung di dalam mee segera hanya akan terurai dari
tubuh selama 3 hari sehingga anda dianjurkan jangan terlalu kerap mengambil
makanan ini. Ini bermakna pengambilan yang ideal hanya sekali dalam satu minggu
agar tubuh tetap sihat dan terhindar dari risiko atau bahaya yang terdapat pada
mee segera.
Kami sudah maklum Mee Segera
mengandungi MSG (Monosodium Glutamate) sebagai salah satu bahan utamanya.
Disinilah terletak bahaya yang boleh memudaratkan kesihatan jika salah memasak mee segera.
Mee Segera jika dimasak bersama
perencahnya yang mengandungi Monosodium Glutamate jika dipanaskan sehingga
mencapai suhu 120 derajah celsius atau lebih akan berubah menjadi Karsinogen.
Karsinogen amat merbahaya untuk kesihatan
manusia. Karsinogen boleh menyebabkan kanser dengan mengubah asam
deoksiribonukleat dalam sel-sel tubuh manusia.
Selain dari itu, kajian CAP ke atas
10 sampel mi segera mendapati tiga daripadanya mengandungi natrium melebihi
1,000 miligram. Pengambilan mee segera akan mengakibatkan pengambilan garam
yang berlebihan di dalam badan kami.
1.
Ketika
memasak mee segera pastikan anda merebusnya terlebih dahulu agar lapisan lilin
pada permukaan mee hilang. Kemudian, air rebusan tersebut dibuang dan baru
ditiriskan. Biasanya cara penyajian mee segera ada tertera jelas pada
bungkusnya, walaupun demikian ternyata masih banyak yang kurang prihatin dan
mengabaikan cara penyediaan yang betul ketika memasak mee segera.
2.
Pernahkah
anda mencampurkan terus ramuan mee segera ketika sedang memasak? Jika ya maka
sebaiknya ubahlah kebiasaan tersebut kerana sangat berisiko terhadap kesihatan
anda. Walaupun tampak remeh namun mencampurkan ramuan perasa ketika sedang
memasak mee segera pada suhu yang tinggi boleh menyebabkan kandungan berbahaya didalam
mee akan terurai dan semakin aktif. Untuk mengurangkan risiko yang ada
sebaiknya campurkan ramuan perasa setelah selesai memasak.
Nah, apakah pendapat anda? Walaupun
tidak ada orang yang melarang pengambilan mee segera namun bukan bererti anda
harus mengambil makanan ini setiap hari. Sebaiknya ambillah makanan secara
seimbang agar keperluan nutrisi dan vitamin didalam tubuh lengkap sehingga anda akan selalu sihat
dan bertenaga!
Analisis Kesalahan Bahasa
Menurut Kamus Dewan Edisi 4 ,
Morfologi telah ditakrifkan sebagai satu kajian tentang pembentukan kata dalam
sesuatu bahasa. Kajian yang dimaksudkan adalah meliputi jenis pengimbuhan ,
kata terbitan dan juga pemajmukan . Pengimbuhan adalah proses bagaimana suatu
kata dasar diperluaskan dengan menambah satu atau lebih imbuhan. Bentuk-bentuk
imbuhan ialah imbuhan awalan, akhiran , apitan dan juga imbuhan sisipan. Kata
terbitan ialah bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang telah
mengalami proses pengimbuhan dan berubah maksud nahunya. Pemajmukan pula bentuk
kata yang wujud apabila dua kata dasar dirangkaikan menjadi satu kesatuan
sintaksis yang bermakna. Sintaksis bermaksud sebagai satu cabang ilmu
linguistik yang mengkaji tentang
peraturan dan susunan kata dalam sesuatu ayat. Marilah kita lihat kesalahan
yang dilakukan oleh penulis dari segi morfologi dan sintaksis.
Kesalahan 1: Pembentukan ayat pasif
“biasanya
di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama
beberapa minit.”
“di makan”sepatutnya
ditulis sebagai “dimakan”.
Analisis : Perkataan
“di” digunakan untuk menunjukkan kedudukan tempat. Dalam ayat pasif, “di” perlu
dituliskan bersama kata kerja.
Kesalahan 2: Pengaruh bahasa Inggeris
“Makanan
ini amat popular di kalangan
orang bujang...”
“popular” sepatutnya ditulis sebagai terkenal.
“Melalui
sedikit research dan juga pembacaan,”
“research” sepatutnya ditulis sebagai
“penyelidikan”
Analisis : Banyak
pelajar yang lemah dalam subjek bahasa Melayu ialah pelajar Cina dan India. Hal
ini tidak dapat disangkal kerana mereka mengaplikasikan penggunaan tatabahasa
Cina dan tatabahasa Inggeris kepada tatabahasa Melayu.
Kesalahan 3: Kesalahan dari Segi
Penggunaan Hukum D-M.
“Bahan
kimia yang terlarut dalam panas air akan
menjadi bahaya...”
“panas air”
sepatutnya ditulis sebagai “air panas”
Analisis : Hukum
D-M ialah hukum atau peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat dengan
mendahulukan unsur yang diterangkan (D) dan mengemudiankan unsur yang
menerangkan (M). Kesalahan timbul apabila Hukum D-M dilanggar kerana
terpengaruh oleh susunan kata bahasa lain.
Kesalahan 4: Pembentukan ayat yang
sesuai
“Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung
dan kanak-kanak?”
“ibu
mengandung” digantikan dengan ”ibu yang sedang mengandung”.
Analisis : “ibu
yang sedang mengandung” lebih sesuai digunakan untuk maksud wanita yang sedang
mengandung.
Kesalahan 5: Penggunaan Kata Ganda
“Kanak2
yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi...”
“Kanak2”
sepatutnya ditulis sebagai “Kanak-kanak”
Analisis : Kata
singkatan tidak harus digunakan dalam penulisan ayat.
Kesalahan 6: Kesalahan dari Segi
Perbendaharaan Kata “Dapat dan Boleh”
“Pengambilan mee segera yang terlalu
kerap bagi ibu mengandung juga dapat mengakibatkan keguguran atau
menganggu proses pertumbuhan janin.”
“dapat”
sepatutnya
digantikan dengan “boleh”.
Analisis : Perkataan
boleh lebih sesuai digunakan dalam
hubungan dengan keizinan. Perkataan dapat
pula lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.
Kesalahan 7:
Kesalahan Ejaan
“maka ia makan mengakibatkan sistem penghadaman
anda tidak berfungsi dengan sebaiknya.”
“makan” perlu dibetulkan kepada ”akan”.
“Kebanyakan penyakit yang ada kebiasaannya akan menjadi leboh
teruk jika pengambilan mee segera adalah berterusan.”
“leboh” perlu dibetulkan kepada “lebih”.
Analisis : Perkataan
“akan” ditambahkan huruf m. Huruf o dalam leboh perlu dibetulkan kepada huruf
i.
Kesalahan 8: Kesalahan dalam
Penggunaan Tanda Baca
“MSG berfungsi untuk “menambah
rasa” namun dalam masa yang sama ada di
kalangan anda yang sebenarnya alergik terhadap bahan ini.”
“sama ada”
sepatutnya ditulis sebagai “sama, ada”
Analisis : Tanda baca koma perlu ditulis
di tengah “sama” dan “ada” kerana “dalam masa yang sama” dan “ada di kalangan
anda” merupakan dua bahagian dalam ayat tersebut.
Kesalahan 9: Kesalahan dalam
Penggunaan Imbuhan
“Karsinogen
amat merbahaya
untuk kesihatan manusia.”
“mer”
dalam perkataan “merbahaya” tidak perlu ditulis.
Analisis : Perkataan bahaya dalam ayat tersebut merupakan
kata adjektif dan tidak perlu dimasukkan imbuhan.
Kesalahan 10: Kesalahan dalam
Penggunaan Kata Ganti Diri
“Pengambilan mee segera akan mengakibatkan pengambilan
garam yang berlebihan di dalam badan kami. ”
“kami” sepatutnya digantikan dengan ”kita”.
Analisis : Kami
bererti "saya dan dia" apabila bercakap dengan orang kedua. Orang
yang kita ajak bercakap tidak disertakan. Kita pula bererti "anda dengan
saya" atau "anda dengan kami". Orang yang kita ajak bercakap
disertakan.
Kesalahan 11:
Kesalahan dalam Penggunaan Kata Ganti Diri
“Walaupun tidak ada orang yang melarang pengambilan mee
segera namun bukan bererti anda harus
mengambil makanan ini setiap hari.”
“bukan”sepatutnya
digantikan dengan “tidak”
Analisis : Kata nafi bukan boleh menjadi
unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif.
Kesalahan 12:
Kesalahan dalam Penggunaan Di
“Sebaiknya ambillah makanan secara seimbang agar
keperluan nutrisi dan vitamin didalam tubuh
lengkap sehingga anda akan selalu sihat dan bertenaga!”
“didalam” patut ditulis sebagai ”di dalam”.
Analisis : Di digunakan untuk tempat. Di dalam membawa pengertian mempunyai
ruang atau jarak. Di hanya
digabungkan dengan perkataan lain dalam penggunaan ayat pasif.